Translate

Tuesday, April 6, 2010


Pelangi Petang iringi perpisahan Tuan Hj Ramli...

Tuan Haji Ramli B Ibrahim seorang guru yang berdidekasi dan komited dengan tugas yang diberikan kepadanya. Beliau sangat mementingkan kecemerlangan pelajar-pelajar bukan sahaja dari aspek akademik, bahkan cemerlang dalam agama, sahsiah, akhlak, dan jati diri untuk melahirkan insan yang berguna..belaiau memegang jawatan GPK Akademik pada tahun 2000 dan acapkali memangku jawatan pengetua. Kini impian beliau untuk menjadi pengetua akhirnya dimakbulkan Allah apabila dilantik sebagai pengetua SMK Pasir Besar..pada pagi Jumaat yang mulia beliau diraikan dalam satu majlis ayang ringkas tetapi penuh memori..kemuncak majlis apabila semua warga SMKBR menyanyikan lagu Pelangi Petang dendangan Allahyarham Sudirman yang ditujukan khas kepada beliau...semoga Tuan Haji Ramli dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik bagi memimpin SMK Pasir Besar


No comments:

Post a Comment

***SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SMK BUKIT ROKAN - TERIMA KASIH***