Sekolah Menengah Rendah Bukit Rokan telah dibuka pada 4.1.1980. Sekolah  ini ditubuhkan memandangkan perlunya sebuah sekolah menengah untuk  menampung pelajar yang semakin ramai dari dua buah Tanah Rancangan FELDA  iaitu FELDA Bukit Rokan dan FELDA Bukit Rokan Utara. Pada waktu yang  sama Sekolah Menengah Dato' Mohd.Taha, Gemencheh tidak dapat menampung  pelajar yang semakin meningkat.
Selain itu, didapati  pelajar-pelajar dari Tanah Rancangan FELDA ini agak sukar untuk  mendapatkan pengangkutan ke sekolah. Maka dengan itu perlulah dibina  sebuah sekolah agar dapat mengatasi masalah yang wujud itu.
Dengan  tertubuhnya sebuah sekolah di kawasan ini akan dapat menaikkan semangat  para pelajar untuk belajar dengan lebih selesa.
Pada Peringkat  awal penubuhan, sekolah ini mempunyai dua blok utama yang mengandungi  lapan bilik darjah, dua bilik sains rumahtangga, tiga buah makmal sains,  sebuah perpustakaan, stor dan pejabat.
Bilangan pelajar telah  bertambah menjelang 1984, Memandangkan kekurangan kelas, beberapa buah  bilik seperti perpustakaan dan bilik bersebelahan kantin telah digunakan  sebagai bilik darjah sehingga tahun 1986.
Walaupun sebuah bangunan  sementara telah dibina untuk dijadikan bilik Sains Pertanian, namun  sekolah ini masih kekurangan kelas. Pada tahun 1989, sebuah blok  mengandungi enam bilik darjah telah dibina dan digunakan. Pada Tahun  1991 pula sebuah lagi blok mengandungi empat bilik darjah dibina untuk  dijadikan Bengkel mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Pada Tahun  2004, Sekolah ini mempunyai dua lagi blok tambahan empat tingkat yang  mengandungi beberapa bilik darjah tambahan, makmal Sains Tulen , makmal  Sains , bilik Pusat Sumber , bilik Pendidikan Seni Visual , sebuah  bangunan Kemahiran Hidup Bersepadu, sebuah bangunan makmal komputer ,  sebuah dewan besar dan beberapa bilik dan stor yang berlebihan. Dalam  jangka masa 14 tahun sahaja, jumlah guru dan pelajar telah meningkat  dari tahun ke 33 orang guru Kakitangan bukan akademik juga berkembang  mengikut perkembangan sekolah. Pada tahun 1993, terdapat seorang kerani,  seorang pelayan pejabat, dua orang pembantu makmal, lima orang pekerja  am dan seorang jaga.Namun pertambahan pelajar ini tidaklah kekal dan  terus bertambah, kerana tahun-tahun berikutnya kemerosotan bilangan  pelajar tetap dirasai oleh sekolah ini. Pada tahun 2004 keramaian  pelajar sekolah ini hanya 342 orang sahaja dan bilangan gurunya seramai  23 orang. itu la serba ringkas tentang sekolah ini..sekian......
 
