Translate

Thursday, August 31, 2017

Salam Kemerdekaan !


Kemerdekaan adalah suatu anugerah yang sangat mahal. Ia diperolehi dengan darah dan air mata serta pengorbanan orang terdahulu. Generasi yang ada wajib menghargai dan mempertahannya, dan sesungguhnya mempertahankan itu lebih payah dari mendapatkannya.
Sesungguhnya mencintai tanah air (Watan) adalah satu Sunnah yang amat dititikberatkan dalam agama.
Al-Jurjani mendefinisikan hal ini dengan istilah al-wathan al-ashli yaitu tempat kelahiran seseorang dan negeri di mana ia tinggal di dalamnya.
اَلْوَطَنُ الْأَصْلِيُّ هُوَ مَوْلِدُ الرَّجُلِ وَالْبَلَدُ الَّذِي هُوَ فِيهِ
Ertinya, “Al-wathan al-ashli adalah tempat kelahiran seseorang dan negeri di mana ia tinggal di dalamnya.”
Dari definisi ini dapat difahami bahawa tanah air bukan sekadar tempat kelahiran tetapi juga termasuk di dalamnya adalah tempat di mana kita menetap. Dapat difahami pula bahawa mencintai tanah air adalah bererti mencintai tanah kelahiran dan tempat di mana kita tinggal.
Rasulullah ﷺ sendiri pernah mengekspresikan kecintaannya kepada Mekah sebagai tempat kelahiran Baginda. Hal ini boleh kita lihat dalam penuturan Ibnu Abbas R.A yang diriwayatkan dari Ibnu Hibban R.A seperti berikut:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا أَطْيَبَكِ مِنْ بَلْدَةٍ وَأَحَبَّكِ إِلَيَّ، وَلَوْلَا أَنَّ قَوْمِي أَخْرَجُونِي مِنْكِ، مَا سَكَنْتُ غَيْرَكِ
Ertinya, “Dari Ibnu Abbas R.A ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Alangkah baiknya engkau sebagai sebuah negeri, dan engkau merupakan negeri yang paling aku cintai. Seandainya kaumku tidak mengusirku dari engkau, nescaya aku tidak tinggal di negeri selainmu.” (HR Ibnu Hibban).
Dalam buku “Bunga Rampai Kebangsaan & Patriotisme”, dinukilkan konsep patriotisme sebenar seperti berikut:
“Sangat salah jika ada sesiapa yang menyatakan semangat cintakan bangsa dan tanah air (nationalism) serta patriotisme berlawanan dengan agama Islam kerana patriotisme kononnya boleh menimbulkan ketaksuban yang akan menindas, mengenepikan dan menzalimi orang-orang yang berlainan bangsa dan negara. Kemungkinan ketaksuban sedemikian sebenarnya boleh berlaku pada setiap kumpulan kemasyarakatan sama ada yang berasaskan politik, ekonomi, bahasa, dan warna kulit atau sepertinya.
Yang kita perjuangkan ialah apa yang dinamakan Patriotisme Adil (Just Patriotism); berasaskan ilmu pengetahuan mendalam dan meluas tentang bangsa dan negara sendiri serta bertunjangkan nilai-nilai agama dan akhlak yang tinggi yang ditafsirkan dengan tepat dan benar, dan diamalkan dengan bijaksana, bertimbang rasa dan adil.”
-Muhammad Zainiy Uthman (ed.), Centre for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilisation (CASIS)-UTM-
Justeru cintailah Negara tumpah darah ini dan berjuanglah untuk tanah air tercinta ini dengan cara masing-masing, moga terpelihara dari segala percaturan musuh untuk menggugat keamanan dan kestabilan negara kita khususnya, dan Nusantara amnya.
Sumber : www.armiarmanda.com

Wednesday, August 2, 2017

Akaun Bank Surau SMKBR

Alhamdulillah secara rasmi akaun bank surau sekolah telah dibuka.

Dialukan bagi yang nak menyumbang bagi operasi & pembangunan surau sekolah

*Next projek : Menggantikan bumbung & syiling surau yang telah uzur & bocor...


Friday, June 30, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Kami barisan pentadbir SMK Bukit Rokan & warga SMK Bukit Rokan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin....

Monday, May 29, 2017

Salam Ramadhan Kareem...Ramadhan Bulan Cinta...

Salam Ramadhan Kareem.
Selamat menjalani Ibadah di bulan yang mulia ini dengan harapan mencapai maksud sebenar bagi ibadat yang dilakukan.
Ramadhan bulan cinta...

Bersyukurlah kepada Allah kerana ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Inilah bulan yang dirindui oleh para kekasih Allah, dan tidaklah orang-orang yang cinta kepada Allah melainkan kasih akan bulan Ramadhan ini. Mereka ini menunggu bulan Ramadhan ini dengan penuh kecintaan dan kasih sayang, dengan penuh keasyikan dan kerinduan kerana inilah bulan dimana diberi keberkatan dan kenikmatan yang tidak terhingga, dan inilah bulan kasih sayang Allah dilimpahkan kepada umat Muhammad ﷺ.
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: “Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” (HR. Muslim)
Ramadhan adalah bulan yang diberi kita kenikmatan pahala yang berlipatkali ganda, dimana (maksud) pahala bagi kaum Sufi atau Ahli Makrifat ialah cahaya-cahaya makrifat begitu mudah untuk ditembusi pada bulan ini. Ia bulan yang mudah untuk dibuka hijab oleh Allah SWT.
Isikan bulan Ramadhan dengan sepenuhnya, jadikan bulan ini sebagai masa untuk beruzlah secara bersungguh-sungguh dengan mentawajjuhkan (menumpukan) hati kepada Allah SWT. Nabi SAW menghidupkan uzlah, khalwah beberapa hari dalam sebulan dan 10 hari khusus di bulan Ramadhan. Mengapa 10 hari di bulan Ramadhan? Kerana Ramadhan adalah bulan kasih sayang Allah, bulan penuh kelebihan dan keberkatan.
Jangan kita beribadah pada bulan Ramadhan sama dengan bulan-bulan yang lain. Cahayakan betul-betul hati kita dengan banyak mentawajjuhkan hati. Isikan dimalam-malam hari, selain ibadah tahajud, dengan banyakkan istighfar dan selawat kepada Nabi SAW. Istighfar sebagai pembersih hati dan selawat pula sebagai pembuka hijab hati kita.
Bila kita berselawat kepada Nabi ﷺ, ia membuka hijab. Jangan berselawat dalam keadaan tidak hadir perasaan cinta kepada Baginda ﷺ. Selawat biar sebanyak-banyak dalam satu hari kerana ia mengandungi rahsia yang besar dalam perjalanan menuju makrifatullah. Dan tidaklah orang-orang yang menuju kepada jalan Allah ini, melainkan dengan selawatlah kebanyakan mereka sampai kepada-Nya. Nabi Musa juga mendapat keampunan Allah dan ditambah ilmu dengan banyak berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Duhai saudara yang dikasihi,
Puasa terbahagi pada empat martabat:
  1. Puasa bagi orang Awam adalah puasa yang hanya menahan lapar dan dahaga.
  2. Puasa bagi Salik adalah puasa menahan anggota tujuh dan hati dari segala kemaksiatan.
  3. Puasa bagi ahli Khawwas ialah dengan menahan segala keinginan jiwa selain daripada Allah, hidupnya hanya untk Allah.
  4. Puasa bagi ahli Khawwas al-Khawwas ialah menahan pandangannya melihat hak yang lain pada segala wujud melainkan hak Allah SWT.
Berusahalah kita mencapai empat martabat ini demi mencapai hakikat taqwa yang benar pada syariat dan hakikat.
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (al-Baqarah: 183)

Petikan daripada web : www.walidalmalik.com

Friday, May 19, 2017

Sumbangan / Wakaf RM30



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ِِوَبَرَكَاتُهُ

Sollu Alan Nabi

Surau SMK Bukit Rokan membuka ruang kepada mana-mana individu yang ingin berkongsi kebersamaan dalam urusan ini.
.
.
Bagi yang ingin menyumbang/wakaf untuk Pembangunan surau kami amat alu-alukan
.
.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor seperti di dalam poster

Wednesday, April 5, 2017

Tahniah buat semua calon SPM 2016 !

Tahniah buat semua calon yang berjaya...

Tahniah juga kepada guru-guru yang mengajar atas peningkatan pencapaian pelajar.

Teruskan melangkah walau apa pun keputusan yang diperolehi



Saturday, March 11, 2017

Muafakat PiBG SMKBR 2017

Rabu, 08 Mac 2017 : Mesyuarat Agung PiBG dan Penyampaian anugerah pelajar cemerlang PT3 tahun 2016...Juga penyerahan penetapan target pelajar2 kepada penjaga, penyerahan bantuan kewangan...mudahan memberi manfaat kepada semua
'Muafakat membawa berkat'


Monday, March 6, 2017

Anak2 Smkbr di persada Daerah Tampin

Anak2 smkbr di kejohanan sukan daerah Tampin di Smk Tun Syed Idrus, Tampin

Moga ada sinar kejayaan. Doakan !





Sunday, March 5, 2017

Peluang untuk Saham akhirat

Alhamdulillah berkat hasil sumbangan semua pihak kini Surau SMK Bukit Rokan telah dapat memasang karpet & air-cond.

Pun begitu, pihak surau masih lagi membuka peluang kepada semua utk menyumbang bagi pemasangan 3 phase power (bagi menampung air-cond) & pembinaan longkang surau.

Sebarkan bersama

Mudahan usaha kecil kita ini di pandang oleh Allah.

Monday, February 27, 2017

'Practise make perfect'

Solat zohor berjemaah di Surau SMK Bukit Rokan...Latihan praktikal untuk pelajar-pelajar istiqamah cukup solat 5 waktu...insyaAllah

"Agama dijunjung, adat/budaya dijinjing"






2 Bijak Kelas paling kondusif minggu ke-8 tahun 2107

Tahniah kpd pelajar-pelajar kelas 2 Bijak 2017 atas kejayaan memenangi kelas paling kondusif (bersih, ceria, selesa) pada minggu lepas (20-24 Feb 2017) 

Mudahan kelas2 yang lain juga akan turut bersaing secara sihat pada minggu-minggu yg akan datang

Thursday, February 23, 2017

Meriah : Kejohanan Sukan Tahunan 2017










Sekalung Penghargaan buat


1.       YB Dato’ Mohd Isam Bin Mohd Isa (ADUN Gemencheh, Negeri Sembilan)
2.       Pejabat Pelajaran Daerah Tampin
3.       Guru, staff sokongan, PiBG, pelajar-pelajar dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.

Kejohanan berlangsung dengan meriah ! 

Monday, February 20, 2017

Latihan Kebakaran SMKBR 2017

Latihan Kebakaran.

Program tahunan ini di sambut meriah oleh pelajar dengan penuh santai & gembira di samping memperoleh ilmu yang bermanfaat. Terima Kasih kepada pihak bomba & penyelamat  Gemas di atas perkongsian yang diberikan

Friday, February 17, 2017

Program Solat Zohor Berjemaah SMKBR

Alhamdulillah, mulai tahun ini (2017) pihak sekolah telah menetapkan semua guru dan pelajar untuk sama-sama solat zohor berjemaah di surau sekolah. Ia merupakan ketetapan yang telah dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan. Juga diselitkan dengan tazkirah ringkas daripada guru-guru smkbr sementara menunggu masuknya waktu solat zohor.


Mudahan ianya memberikan suatu manfaat & cetusan kepada semua pelajar untuk terus istiqamah menunaikan kewajiban sebagai Hamba Allah walau di mana jua berada.

Thursday, February 16, 2017

Assalamu'alaikum

Bersua kembali...

Pihak Surau SMK Bukit Rokan dalam proses naik taraf . Kami membuka ruang kepada mana-mana individu yang ingin berkongsi kebersamaan dalam urusan ini. bagi yang ingin menyumbang amat dialu-alukan.

Sebarang maklumbalas boleh hubungi nombor telefon seperti yang tertera di dalam poster
***SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SMK BUKIT ROKAN - TERIMA KASIH***