Translate

LOKASI SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan terletak di di kawasan felda. Sekolah ini berada di tengah-tengah kawasan Felda Bukit Rokan. Sekolah ini didirikan di kawasan felda ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan kepada masyarakat di kawasan felda khususnya Felda Bukit Rokan. Namun terdapat juga pelajar daripada kawasan felda yang menuntut ilmu di sekolah tersebut iaitu anak-anak peneroka Felda Bukit Rokan Utara. Kedudukan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan ini amat strategik kerana terletak di kawasan penduduk padat. Jarak antara sekolah dan tempat tinggal masing-masing amat berdekatan. Oleh itu, masyarakat tidak menghadapi masalah untuk menghantar anak-anak ke sekolah tersebut.

Jarak di antara Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan adalah kira-kira 90 kilometer. Bagi jarak Pejabat Pelajaran Daerah Tampin Rembau pula adalah lebih kurang 40 kilometer. Bagaimanapun jarak SMKBR dengan Pusat Kegiatan Guru (PKG) ialah kira-kira 13 kilometer sahaja
***SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SMK BUKIT ROKAN - TERIMA KASIH***