Translate

Friday, October 8, 2010

seribu kekesalan

Assalamualaikum..pertama sekali saye ingin memohom maaf kerana sudah berbulan-bulan saya tidak update blog ini...rasa nye dah bersawang dah blog ini kot..heheheh..ini kerana masalah internet yang teramat-amat perlahan yang tidak terkira la rase nye...hehehe....

banyak aktiviti sekolah yang saye tidak dapat papar kan dalam blog ini,,,,opss itu pun rasenye saya kena mintak maaf juga.saye berjanji akan memapar kan perkara-perkara lepas yang telah berlalu di blog ini,,,wah bahaye juga nie,,sampai berjanji-janji,,,saye ubah lah,,,saye akan cube sedaya upaya mencari perkara-perkara lepas,,,boleh tak ayat camtu???? kire boleh la ea,,,,

mungkin saye akan menggunakan alternative lain iaitu dengan pergi ke cyber cafe ke...kedai mamak ke,,,,gune brodband ke,,,ha tak pun saye rase saye kene masuk kan strymx kat umah la ..baru la laju sikit,,,hahahahaha....demi memastikan anda semua dapat mengetahui perkara-perkara penting yang telah berlaku,,hahahaha,,,,

ape lagi nak tulis nie,,,,ha lagi satu saye nak mintak maaf la,,,jika ayat saye nie berterabur ke,,,tak ikut format ke....banyak gune short form ker,,,nie mungkin nak hilang kan boring je,,,untuk post yang akan datang,,,saya tak tulis macam nie lagi,,,,,,,,,,sekian terima kasih.......

Peperiksaan PMR 2010

Selamat menduduki peperiksaan PMR 2010 kepada pelajar-pelajar tingkatan 3...kami Warga SMKBR mendoakan agar semua pelajar lulus dengan cemerlang...Sekian terima kasih,,,,

Monday, April 12, 2010

Program Baktisiswa UM

Beberapa orang pelajar dari Universiti Malaya telah mengadakan program baktisiswa bersama masyarakat dengan kerjasama Rakan Muda di SMK Bukit Rokan. Terima kasih mahasiswa UM kerana sudi memilih sekolah ini sebagai tempat untuk anda mendampingi masyarakat dan memberikan maklumat dan nasihat yang berguna khususnya kepada para pelajar.. terima kasih daun lagi, ada masa kita jumpa lagi

Sunday, April 11, 2010

Sembang Bola

Sekali-sekala kita jenguk sekejap dunia bola sepak...Tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang berjaya menjulang Piala FA setelah menewaskan pasukan Kedah melalui sepakan penalti, lepas ni kita akan menjenguk pula Piala Dunia..ooh ye tahun ni pasukan bola sepak SMK Bukit Rokan tidak menyertai pertandingan bola sepak MSSNS Daerah Tampin...kerana tiada pemain yang berbakat dan tidak mahu sejarah 2009 berulang..

Friday, April 9, 2010

KEPUTUSAN SPM

Keputusan SPM 2009

Gred purata sekolah
2008 = 6.86
2009 = 6.80

Peratus lulus
2008 = 81.3
2009 = 83.3

Subjek
Bahasa Melayu/ Science
2008 : 93.8 GPMP : 5.59 / 2008 : 93.8 GPMP : 6.63
2009 : 100 GPMP : 5.00 /2009 : 86.5 GPMP : 7.16

Bahasa Inggeris/ Geografi
2008 : 54.7 GPMP : 7.80 /2008 : 69.0 GPMP : 7.69
2009 : 46.3 GPMP : 7.94 /2009 : 73.7 GPMP : 6.89

P.Islam /P.Seni Visual
2008 : 84.2 GPMP : 5.70/ 2008 : 100 GPMP : 3.19
2009 : 73.5 GPMP : 5.78 / 2009 : 100 GPMP : 3.86

P.Moral /Add Math
2008 : 57.1 GPMP : 8.14/ 2008 : 18.8 GPMP : 8.75
2009 : 100 GPMP : 5.00/ 2009 : 41.2 GPMP : 8.53

Sejarah /Perdagangan
2008 : 62.5 GPMP : 7.47 / 2008 : 80.0 GPMP : 7.93
2009 : 51.9 GPMP : 7.31 /2009 : 57.9 GPMP : 8.26

Matematik/ ERT
2008 : 43.8 GPMP : 8.20 /2008 : 75.0 GPMP : 7.50
2009 : 51.9 GPMP : 7.70/ 2009 : 94.7 GPMP : 6.79

Fizik /Kimia
2008 : 87.5 GPMP : 7.38 / 2008 : 81.3 GPMP : 7.75
2009 : 100 GPMP : 7.06 /2009 : 70.6 GPMP : 8.12

Biologi /Tanaman Makanan
2008 : 87.5 GPMP : 7.38 /2008 : 100 GPMP : 3.00
2009 : 100 GPMP : 7.41 /2009 :100 GPMP : 3.89

Bahasa Tamil /Bahasa Inggeris C
2008 : 100 GPMP : 4.00/ 2008 : - GPMP : -
2009 : 100 GPMP : 3.33 /2009 : 16.7 GPMP : 8.69


Tuesday, April 6, 2010


Pelangi Petang iringi perpisahan Tuan Hj Ramli...

Tuan Haji Ramli B Ibrahim seorang guru yang berdidekasi dan komited dengan tugas yang diberikan kepadanya. Beliau sangat mementingkan kecemerlangan pelajar-pelajar bukan sahaja dari aspek akademik, bahkan cemerlang dalam agama, sahsiah, akhlak, dan jati diri untuk melahirkan insan yang berguna..belaiau memegang jawatan GPK Akademik pada tahun 2000 dan acapkali memangku jawatan pengetua. Kini impian beliau untuk menjadi pengetua akhirnya dimakbulkan Allah apabila dilantik sebagai pengetua SMK Pasir Besar..pada pagi Jumaat yang mulia beliau diraikan dalam satu majlis ayang ringkas tetapi penuh memori..kemuncak majlis apabila semua warga SMKBR menyanyikan lagu Pelangi Petang dendangan Allahyarham Sudirman yang ditujukan khas kepada beliau...semoga Tuan Haji Ramli dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik bagi memimpin SMK Pasir Besar


***SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SMK BUKIT ROKAN - TERIMA KASIH***