Translate

Monday, May 29, 2017

Salam Ramadhan Kareem...Ramadhan Bulan Cinta...

Salam Ramadhan Kareem.
Selamat menjalani Ibadah di bulan yang mulia ini dengan harapan mencapai maksud sebenar bagi ibadat yang dilakukan.
Ramadhan bulan cinta...

Bersyukurlah kepada Allah kerana ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Inilah bulan yang dirindui oleh para kekasih Allah, dan tidaklah orang-orang yang cinta kepada Allah melainkan kasih akan bulan Ramadhan ini. Mereka ini menunggu bulan Ramadhan ini dengan penuh kecintaan dan kasih sayang, dengan penuh keasyikan dan kerinduan kerana inilah bulan dimana diberi keberkatan dan kenikmatan yang tidak terhingga, dan inilah bulan kasih sayang Allah dilimpahkan kepada umat Muhammad ﷺ.
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: “Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” (HR. Muslim)
Ramadhan adalah bulan yang diberi kita kenikmatan pahala yang berlipatkali ganda, dimana (maksud) pahala bagi kaum Sufi atau Ahli Makrifat ialah cahaya-cahaya makrifat begitu mudah untuk ditembusi pada bulan ini. Ia bulan yang mudah untuk dibuka hijab oleh Allah SWT.
Isikan bulan Ramadhan dengan sepenuhnya, jadikan bulan ini sebagai masa untuk beruzlah secara bersungguh-sungguh dengan mentawajjuhkan (menumpukan) hati kepada Allah SWT. Nabi SAW menghidupkan uzlah, khalwah beberapa hari dalam sebulan dan 10 hari khusus di bulan Ramadhan. Mengapa 10 hari di bulan Ramadhan? Kerana Ramadhan adalah bulan kasih sayang Allah, bulan penuh kelebihan dan keberkatan.
Jangan kita beribadah pada bulan Ramadhan sama dengan bulan-bulan yang lain. Cahayakan betul-betul hati kita dengan banyak mentawajjuhkan hati. Isikan dimalam-malam hari, selain ibadah tahajud, dengan banyakkan istighfar dan selawat kepada Nabi SAW. Istighfar sebagai pembersih hati dan selawat pula sebagai pembuka hijab hati kita.
Bila kita berselawat kepada Nabi ﷺ, ia membuka hijab. Jangan berselawat dalam keadaan tidak hadir perasaan cinta kepada Baginda ﷺ. Selawat biar sebanyak-banyak dalam satu hari kerana ia mengandungi rahsia yang besar dalam perjalanan menuju makrifatullah. Dan tidaklah orang-orang yang menuju kepada jalan Allah ini, melainkan dengan selawatlah kebanyakan mereka sampai kepada-Nya. Nabi Musa juga mendapat keampunan Allah dan ditambah ilmu dengan banyak berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Duhai saudara yang dikasihi,
Puasa terbahagi pada empat martabat:
  1. Puasa bagi orang Awam adalah puasa yang hanya menahan lapar dan dahaga.
  2. Puasa bagi Salik adalah puasa menahan anggota tujuh dan hati dari segala kemaksiatan.
  3. Puasa bagi ahli Khawwas ialah dengan menahan segala keinginan jiwa selain daripada Allah, hidupnya hanya untk Allah.
  4. Puasa bagi ahli Khawwas al-Khawwas ialah menahan pandangannya melihat hak yang lain pada segala wujud melainkan hak Allah SWT.
Berusahalah kita mencapai empat martabat ini demi mencapai hakikat taqwa yang benar pada syariat dan hakikat.
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (al-Baqarah: 183)

Petikan daripada web : www.walidalmalik.com

Friday, May 19, 2017

Sumbangan / Wakaf RM30



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ِِوَبَرَكَاتُهُ

Sollu Alan Nabi

Surau SMK Bukit Rokan membuka ruang kepada mana-mana individu yang ingin berkongsi kebersamaan dalam urusan ini.
.
.
Bagi yang ingin menyumbang/wakaf untuk Pembangunan surau kami amat alu-alukan
.
.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor seperti di dalam poster

***SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SMK BUKIT ROKAN - TERIMA KASIH***