Translate

Thursday, August 31, 2017

Salam Kemerdekaan !


Kemerdekaan adalah suatu anugerah yang sangat mahal. Ia diperolehi dengan darah dan air mata serta pengorbanan orang terdahulu. Generasi yang ada wajib menghargai dan mempertahannya, dan sesungguhnya mempertahankan itu lebih payah dari mendapatkannya.
Sesungguhnya mencintai tanah air (Watan) adalah satu Sunnah yang amat dititikberatkan dalam agama.
Al-Jurjani mendefinisikan hal ini dengan istilah al-wathan al-ashli yaitu tempat kelahiran seseorang dan negeri di mana ia tinggal di dalamnya.
اَلْوَطَنُ الْأَصْلِيُّ هُوَ مَوْلِدُ الرَّجُلِ وَالْبَلَدُ الَّذِي هُوَ فِيهِ
Ertinya, “Al-wathan al-ashli adalah tempat kelahiran seseorang dan negeri di mana ia tinggal di dalamnya.”
Dari definisi ini dapat difahami bahawa tanah air bukan sekadar tempat kelahiran tetapi juga termasuk di dalamnya adalah tempat di mana kita menetap. Dapat difahami pula bahawa mencintai tanah air adalah bererti mencintai tanah kelahiran dan tempat di mana kita tinggal.
Rasulullah ﷺ sendiri pernah mengekspresikan kecintaannya kepada Mekah sebagai tempat kelahiran Baginda. Hal ini boleh kita lihat dalam penuturan Ibnu Abbas R.A yang diriwayatkan dari Ibnu Hibban R.A seperti berikut:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا أَطْيَبَكِ مِنْ بَلْدَةٍ وَأَحَبَّكِ إِلَيَّ، وَلَوْلَا أَنَّ قَوْمِي أَخْرَجُونِي مِنْكِ، مَا سَكَنْتُ غَيْرَكِ
Ertinya, “Dari Ibnu Abbas R.A ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Alangkah baiknya engkau sebagai sebuah negeri, dan engkau merupakan negeri yang paling aku cintai. Seandainya kaumku tidak mengusirku dari engkau, nescaya aku tidak tinggal di negeri selainmu.” (HR Ibnu Hibban).
Dalam buku “Bunga Rampai Kebangsaan & Patriotisme”, dinukilkan konsep patriotisme sebenar seperti berikut:
“Sangat salah jika ada sesiapa yang menyatakan semangat cintakan bangsa dan tanah air (nationalism) serta patriotisme berlawanan dengan agama Islam kerana patriotisme kononnya boleh menimbulkan ketaksuban yang akan menindas, mengenepikan dan menzalimi orang-orang yang berlainan bangsa dan negara. Kemungkinan ketaksuban sedemikian sebenarnya boleh berlaku pada setiap kumpulan kemasyarakatan sama ada yang berasaskan politik, ekonomi, bahasa, dan warna kulit atau sepertinya.
Yang kita perjuangkan ialah apa yang dinamakan Patriotisme Adil (Just Patriotism); berasaskan ilmu pengetahuan mendalam dan meluas tentang bangsa dan negara sendiri serta bertunjangkan nilai-nilai agama dan akhlak yang tinggi yang ditafsirkan dengan tepat dan benar, dan diamalkan dengan bijaksana, bertimbang rasa dan adil.”
-Muhammad Zainiy Uthman (ed.), Centre for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilisation (CASIS)-UTM-
Justeru cintailah Negara tumpah darah ini dan berjuanglah untuk tanah air tercinta ini dengan cara masing-masing, moga terpelihara dari segala percaturan musuh untuk menggugat keamanan dan kestabilan negara kita khususnya, dan Nusantara amnya.
Sumber : www.armiarmanda.com

Wednesday, August 2, 2017

Akaun Bank Surau SMKBR

Alhamdulillah secara rasmi akaun bank surau sekolah telah dibuka.

Dialukan bagi yang nak menyumbang bagi operasi & pembangunan surau sekolah

*Next projek : Menggantikan bumbung & syiling surau yang telah uzur & bocor...


***SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SMK BUKIT ROKAN - TERIMA KASIH***